Sudah berdebu>>>>/\<<<<

Sudah lama rasanya Cmusafir tidak mengupdate blog ini.Tapi tak apa Cmusafir berusaha untuk menambah entri sebanyak mungkin tahun ini. Doakan agar usaha Cmusafir berjaya. Kepada kohai-kohai yang dah datang ke jepun or yang akan datang Cmusafir mengucapkan ahlan wasahlan .ようこそ日本へ。。

Ipad VS ….?Jom membaca gaya moden.

Sewaktu Jibril menyampaikan wahyu pertamanya kepada Nabi S.A.W ayat pertama yang disampaikan ialah “Bacalah”.Bukannya “Minumlah”,”Makanlah” dan yang sewaktu dengannya.Ya betapa pentingnya membaca untuk meningkatkan daya pemikiran kita dan dengan membacalah kita boleh berfikir lebih matang dan tahu membezakan yang  mana terbaik untuk kita.Tanyalah dengan mana-mana orang yang berjaya saya yakin membaca adalah kunci kejayaan mereka.

Justeru itu membaca menjadi satu amalan yang harus dipupuk sejak kecil lagi kerana pada masa itulah otak senang menerima ilmu-ilmu yang berkaitan bahasa dan semestinya bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.Tapi membaca memang ada keseronokan dan kepuasannya yang tersendiri terutama jika pembaca faham apa yang disampaikan oleh penulis.

Tapi di sini bukanlah Cmusafir hendak memberi tahu tips tips membaca cuma ingin mengesyorkan gaya membaca yang lebih menarik dan moden.Bercakap tentang Ipad atau yang sewaktu dengannya mesti ramai yang ingin memiliki gajet ini.

Tapi bila tengok harga balik kena fikir berkali-kali jugak .Berbaloi ke beli nanti??Ya harganya yang mahal menyebabkan tidak ramai yang mampu memiliki.Tapi disini bukan Ipad yang ingin Cmusafir ketengahkan.Bagi ulat-ulat buku bersedialah anda ke alaf baru pembacaan.Memperkenalkan Amazon Kindle ;gajet versatile yang boleh meningkatkan lagi minat membaca anda dan gajet ini walaupun tidaklah secanggih Ipad tetapi ia ada kelainan tersendiri yang cuma ada pada gajet ini sahaja.Harga pun cuma sepertiga sahaja dari Ipad.

Amazon kindle ini telah mendapat sambutan yang hangat di Amerika selain Ipad.Apa yang menariknya ialah cara penggunaannya yang mudah dan senang serta mudah dibawa kemana-mana.Walaupun Ia cuma skrin hitam dan putih sahaja tetapi “baterinya  tahan lama” dan ini membolehkan anda membawanya ke mana-mana tanpa bimbang baterinya akan habis ketika bermusafir .Skrinnya pun seakan -akan anda melihat kertas semasa membaca jadi tidaklah risau jika mata anda rosak jika membaca telalu lama.

Bercakap tentang jenis pula apa yang cmusafir tahu ada 2 jenis sahaja iaitu kindle biasa dan kindle DX di mana bezanya cuma Kindle DX skrinnya lebih besar.Jika kita membeli dengan sedikit tambahan harga kita boleh menggunakan servis 3G secara percuma sahaja.Tapi tidak semua tempat ada servis ini.Cmusafir tidak pasti sama ada di Malaysia Servis 3Gnya boleh digunakan .

Fail yang boleh dimuat masuk ialah PDF (especially) dan mp3 dan beberapa audiobook dan juga fail-fail buku yang boleh dibeli di Amazon .Com .Fungsinya yang lebih memfokuskan pembacaan menyebabkan kita tidak mudah teralih fokus selain membaca dan terus membaca.Yalah kalau ada game,chatting,facebook memang taklah kita nak membaca.Akhir kata selamat membaca dan semoga artikel Cmusafir ini memberi manfaat kepada anda.

Masihkah kau ingat??

Jika anda mengikuti program golden week gathering anjuran  IPIJ yang lepas(tahun 2010) mungkin anda masih ingat lagi dalam satu sesi menonton clipvideo bagaimana seorang saintis telah memeluk Islam setelah menemui fakta yang sangat menakjubkan di dalam Al-Quran sehingga beliau yakin dengan sepenuh hati bahawa Al-Quran ini bukan satu kitab ciptaan manusia tetapi kitab yang disampaikan oleh Allah kepada Muhammad SAW untuk disampaikan kepada  ummat manusia akhir zaman.

Mungkin kita ingat tentang itu tapi secara lebih detail lagi ayat manakah yang menarik perhatian beliau sehingga ke tahap sebegitu yakin?Mungkin ramai diantara kita yang tertanya-tanya.Jadi di sini saya nak menjelaskan lagi apa yang selama ini mungkin terbuku di hati anda atau masih kabur atau bagi mereka yang sudah tahu anggaplah ini sebagai revision.

Ayat yang menarik perhatian beliau ialah Surah Adh-Dhariyat (51)ayat 47  yang kira-kira bermaksud:

“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya“.

Ya itulah ayat yang menarik perhatian beliau.Masih bingung??kabur??Ingin saya maklumkan di sini sengaja saya menghighlightkan frasa dalam ayat itu.Untuk makluman anda semua, saintis pada zaman dahulu telah mengkaji pergerakan bumi dan alam semesta.Banyak pendapat-pendapat yang dikeluarkan sehingga sorang Saintis yang bernama Hubble (pencipta teleskop Hubble )kalau tak silap telah menemui satu perkara yang sangat menarik  setelah meneleskop kan angkasa.Beliau menyatakan bahawa galaksi lain semakin jauh dari galaksi kita.tak percaya??

ini saya sedut sikit dari Wiki:

He also discovered that the degree of “Doppler shift” (specifically “redshift“) observed in the light spectra from other galaxies increased in proportion to a particular galaxy’s distance from Earth. This relationship became known as Hubble’s law, and helped establish that the universe is expanding.


Jadi bagaimana ??sudah nampak .Ya hukum Hubble menyatakan bahawa galaksi kita semakin berkembang.Padahal 1400 tahun yang lepas Allah telah berfirman dengan jelas,nyata,terang lagi bersuluh tentang perkara itu.Saintis tersebut berfikir bahawa pada kurun tersebut amat mustahil untuk manusia mengetahui bahawa alam semesta ini berkembang melainkan ilmu tersebut diajarkan dari Tuhan yang Maha mengetahui akan ciptaan-Nya .Subhanallah.

Tv dan pendigitalannya

Tv adalah salah satu keperluan asas yang sangat penting pada zaman ini.Kalau di Malaysia jangan terperanjat jika anda melihat TV besar berpuluh inci hatta di kawasan pedalaman sekalipun(ya Malaysia bab-bab hiburan semua boleh).Pernah sekali aku balik beraya ke kampung kelahiran ayah aku.Sedar tak sedar hanya rumah usang ayah aku saja yang tidak berastro rumah-rumah sebelah semuanya berbumbungkan astro.Biar rumah bagai ‘Reban Ayam` janji berbumbungkan astro.Wah sudah ada pepatah baru nampaknya.Boleh daftar dekat DBP ni.

Apepun bercakap tentang tv di Jepun mereka sedang sibuk dalam mempersiapkan diri ke era pendigitalan Tv.Mungkin sangat asing bagi rakyat Malaysia.”Tak cukup digital lagi ke tv yang aku ada sekarang??”ya kerana menurut sumber yang aku dengar(tak taulah boleh percaya ke tak)Malaysia akan menggunakan Tv digital ini dalam tahun 2015.Jadi Tv yang anda pakai sekarang even tv yang anda install dekat PC semuanya Analog.Apa beza Tv analog dan Digital??panjang ceritanya(pendekkan).Senang cerita carilah dekat Wikipedia.Yang aku tahu Tv digital ini ada jenis-jenis yang tersendiri.

Jom tukar ke MICROSOFT OFFICE 2010

Sejak semalam Desktop aku telah beroperasi menggunakan MO 2010.So dekat sini aku nak Rekomend dengan kawan-kawan semua.

Memang berbaloilah perisian terbaru dari Microsoft ni.Mana tidaknya banyak Feature2 baru yang diperkenalkan untuk memudahkan pengurusan dokumen yang lebih efektif dan lebih mesra penggguna.So dekat sini aku nak cakap sikit jelah setelah meng”explore” sedikit sebanyak Perisian ini.

Antara ciri-ciri terbaru yang diperkenalkan oleh MO  ini ialah

1.M Word juga turut menyediakan aplikasi screen clipping yang selama ini hanya  digunakan oleh Microsoft Onenote.

2.Terdapat penyunting gmbr mudah disediakan dalam M word.Seperti dalam gambar diatas, ia diambil dengan webcam camera hp dan diedit terus oleh M Word 2010(xpayah pakai photoshop.

3.Connection yang semakin diperkemaskinikan antara sesama perisian dalam MO.Contohnya terdapat link untuk Onenote dalam Mword.

4.Presentation dengan Mpowerpoint juga semakin menarik seolah2 memainkan perisian interaktif.

Banyak lagilah sebenarnya Ciri-ciri baru yang diperkenalkan oleh Microsoft.Tetapi sebelum membeli pastikan OS anda menepati Minimum setting  dan yang paling penting boleh sambung internet sekejap untuk activation.So apa tunggu lagi selamat mencuba dan anda pasti kagum dengan software ini.

Pesanan ringkas…n padat

Sedar atau tidak itulah hakikat.Hakikat?apo dio yang ko cakap ni jang?haha.mungkin tu yang korang ingat.Ya sebenarnya untuk menghilangkan kebosanan terpaksa jugak aku tulis entri ini untuk tatapan korang .Yang aku ingin bagitahu dekat sini kalau aku tanya dengan korang sapa nak melancong kat oversea?or tinggal sekejap 2-3 tahun ke mesti ramai yang angkat tangan.ei kaki janganlah angkat.Ni dah lebih(selingan jer jangan marah).Tapi kalau ditanyalah sapa-sapa yang duduk dekat oversea ni Sapa nak balik raya dekat malaysia?rasa semua angkat tangan nak balik malah balik terus tak payah balik ke oversea lagipun tak kurang jugak ramainya.Pelikkan.So kesimpulannya bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri baik lagi di negeri sendiri.Lu pikirlah sendiri.
Apapapun ana nak ucapkan kepada member-member yang balik beraya jangan syok sangat beraya sampai lupa diri.Ramai lagi yang dekat luar sana yang tak dapat beraya dek halangan-halangan tertentu .So bersyukurlah dengan apa yang ada.Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang kira-kira bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
Masa raya ni pulak sik payah nak membazir.mun da baju lamak yang masih dapat pake,pake dolok.Kalau tak nak pakai pun janganlah disimpan dalam almari untuk dijadikan koleksi.Bagilah dengan sapa yang memerlukan.Anak yatim ke,Saudara-saudara yang miskin ke tu kan lebih elok.

bersambung…

Keajaiban cap jari


Dah berbulan tak berblogging.huhu.Rasa rindu pulak nak menulis lagipun tak busy sangat time ni.
Ketika melayari internet terbaca pulak entri ni dekat facebook n rasa bersalah kalau tak berkongsi dengan semua.Entri ini dialih bahasa dari islam always.so credit dekat islam always.
informasi menarik dari Al-quran mengenai kebangkitan manusia setelah mati:

“Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya.Bukan sebagaimana yang disangka itu,bahkan Kami berkuasa menyusun jarinya”(surah Al-Qiyamah ayat 3-4)

Mereka yang tidak percaya akan hari kebangkitan sering berbalah mengenai hari kebangkitan manusia yang telah menjadi tulang belulang yang luput dan bagaimana tiap seorang daripada kita tidak akan terlepas dari hari pengadilan.Allah SWT memberitahu kita bahawasanya Dia bukan sahaja berkuasa boleh menyusun semula tubuh kita yang telah hancur dimakan bumi malahan boleh menyusun dengan sempurna jari jemari kita.Subhanallah.

Mengapakah Al-Quran memperkatakan secara spesifik tentang jari-jemari ketika Al-Quran mengingatkan kita tentang pengidentitian setiap seorang pada hari kebangkitan kelak?pada tahun 1880 jari atau cap jari menjadi kaedah saintifik bagi penentuan identiti seseorang selepas kajian dilakukan oleh sorang saintis (sir Francis Golt).Tidak ada manusia di dunia ini yang mempunyai cap jari yang sama (hatta kembar or klon skalipun).Inilah sebabnya pihak polis sedunia(CSI) menggunakan cap jari untuk mengenal pasti penjenayah.
Al-Quran yang telah ada sejak 1400 tahun dahulu yang telah mengetahui tentang keunikan jari manusia?Sudah pasti tidak lain dan tidak bukan melainkan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-quran itu adalah dari pencipta sendiri yakni Allah SWT.

Membuat Sfera dengan Solidworks

Mari kita belajar teknik asas solidworks.Nampak macam senang Tapikalau tidak faham konsep solidworks tak jadi bende ni

klik sini

<embed quality=”high” scale=”noscale” name=”FLVPlayer” salign=”LT” type=”application/x-shockwave-flash” pluginspage=”http://www.macromedia.com/go/getflashplayer&#8221; height=”300″ width=”400″ src=”http://www.esnips.com//3rd/flvplayer/esnips_flvplayer12.swf&#8221; flashvars=”linkfromdisplay=true&amp;height=300&amp;width=400&amp;xmlURL=http://www.esnips.com//flashxml/1/eb867efe-1c16-4e01-ae17-a12f21a63f3d&amp;autostart=false&amp;image=http://www.esnips.com/http://docthumb0.esnips.com/imageable/medium/eb867efe-1c16-4e01-ae17-a12f21a63f3d/?du=a7cf4243-b6ac-4207-a888-aeb2c41276d1&amp;uu=12f31f41-b77d-4a13-ba39-08f982f392b3&amp;dt=1272075541000&amp;fu=6b8ade83-c715-404b-bb0e-216dacc0c44c”></embed>

Life…

Sememangnya hidup di negara orang ini ada banyak kelebihannya dan ada banyak juga kekurangannya tetapi walaubagaimanapun negara sendiri yang dirasakan lebih baik.Apapun sudah jarang aku menulis blog.Bukan tidak ada masa tetapi mungkin masa yang ada dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Sudah hampir 3 tahun aku di Bumi Sakura ini.Tapi terasa bagai semalam aku menjejakkan kaki ke lapangan terbang antarabangsa narita.Waktu itu aku masih ingat lagi bagaimana berdebarnya aku memikirkan apakah yang akan terjadi kepada kehidupan aku selepas ini.Maklumlah aku ini tidak seperti kebanyakan orang.Mungkin ramai orang yang merancang,berbincang kemudian barulah memilih keputusan yang sewajarnya.Tetapi aku tidak sebegitu.Maksudnya di sini ialah aku tidak pernah terfikir yang aku akan menyambung pelajaran ke sini.Sampaikan semasa aku masih menuntut di tingkatan 5 dahulu aku pernah terfikir kalau susah sangat nak menyambung pelajaran ini sambung ke tingkatan 6 pun jadilah.Maklumlah kalau dilihat pasaran kalau hendak sambung study pada masa tu Bahasa Inggeris adalah syarat mutlak untuk mudah menyambung ke mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi.Tetapi aku sangat lemah maklumlah dulu sekolah kampong.tengok cerita pun kalau ada subtitle tengoklah kalau tak ada jangan haraplah nak tengok.Buku apatah lagi.Tetapi semasa aku masuk ke sekolah menengah timbullah sedikit kesedaran dan minat.Tapi dah terlambat kerana maklumlah banyak lagi perkara lain yang aku kena belajar.

自慢じゃないですけど(jiman janai des kedo) tapi itulah rezeki yang telah Allah tentukan kepada aku dengan jalan yang tidak disangka-sangka.Apapun cmusafir ingin membuka lembaran baru pada musim kali ini.Oleh kerana cmusafir kini sedang belajar tentang mekanikal maka entri-entri yang disiarkan selapas ini mungkin banyak berkisarkan mesin,….yang berkaitan dengan apa yang dipelajari.Bukan apa kalau lihat bidang ini sangat susah mencari rujukan dalam bahasa kita.tetapi hakikatnya bidang ini semakin penting untuk masa depan kita bersama.Ya contohnya kereta .Mungkin kalau di Malaysia kita sibuk dengan harga minyak naik dan turun tetapi di Negara barat mereka tetap sibuk tapi dalam kesibukan mereka mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk meggunakan segala yang ada disekeliling ini untuk dijadikan ganti kepada minyak secara serius.Ya apa-apa sahaja.matahari,angin air…Contohnya mereka  telah mencipta kereta yang hanya menggunakan udara mampat sahaja.Bayangkan kereta anda sekarang ini hanya perlukan udara mampat.Jimat minyak.Tak perlu nak singgah isi minyak.Sebab udara ada di sekeliling kita kecuali di angkasalah.

.

jiman janai des kedo=bukan nak membangga-banggakan diri