Life…

Sememangnya hidup di negara orang ini ada banyak kelebihannya dan ada banyak juga kekurangannya tetapi walaubagaimanapun negara sendiri yang dirasakan lebih baik.Apapun sudah jarang aku menulis blog.Bukan tidak ada masa tetapi mungkin masa yang ada dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Sudah hampir 3 tahun aku di Bumi Sakura ini.Tapi terasa bagai semalam aku menjejakkan kaki ke lapangan terbang antarabangsa narita.Waktu itu aku masih ingat lagi bagaimana berdebarnya aku memikirkan apakah yang akan terjadi kepada kehidupan aku selepas ini.Maklumlah aku ini tidak seperti kebanyakan orang.Mungkin ramai orang yang merancang,berbincang kemudian barulah memilih keputusan yang sewajarnya.Tetapi aku tidak sebegitu.Maksudnya di sini ialah aku tidak pernah terfikir yang aku akan menyambung pelajaran ke sini.Sampaikan semasa aku masih menuntut di tingkatan 5 dahulu aku pernah terfikir kalau susah sangat nak menyambung pelajaran ini sambung ke tingkatan 6 pun jadilah.Maklumlah kalau dilihat pasaran kalau hendak sambung study pada masa tu Bahasa Inggeris adalah syarat mutlak untuk mudah menyambung ke mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi.Tetapi aku sangat lemah maklumlah dulu sekolah kampong.tengok cerita pun kalau ada subtitle tengoklah kalau tak ada jangan haraplah nak tengok.Buku apatah lagi.Tetapi semasa aku masuk ke sekolah menengah timbullah sedikit kesedaran dan minat.Tapi dah terlambat kerana maklumlah banyak lagi perkara lain yang aku kena belajar.

自慢じゃないですけど(jiman janai des kedo) tapi itulah rezeki yang telah Allah tentukan kepada aku dengan jalan yang tidak disangka-sangka.Apapun cmusafir ingin membuka lembaran baru pada musim kali ini.Oleh kerana cmusafir kini sedang belajar tentang mekanikal maka entri-entri yang disiarkan selapas ini mungkin banyak berkisarkan mesin,….yang berkaitan dengan apa yang dipelajari.Bukan apa kalau lihat bidang ini sangat susah mencari rujukan dalam bahasa kita.tetapi hakikatnya bidang ini semakin penting untuk masa depan kita bersama.Ya contohnya kereta .Mungkin kalau di Malaysia kita sibuk dengan harga minyak naik dan turun tetapi di Negara barat mereka tetap sibuk tapi dalam kesibukan mereka mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk meggunakan segala yang ada disekeliling ini untuk dijadikan ganti kepada minyak secara serius.Ya apa-apa sahaja.matahari,angin air…Contohnya mereka  telah mencipta kereta yang hanya menggunakan udara mampat sahaja.Bayangkan kereta anda sekarang ini hanya perlukan udara mampat.Jimat minyak.Tak perlu nak singgah isi minyak.Sebab udara ada di sekeliling kita kecuali di angkasalah.

.

jiman janai des kedo=bukan nak membangga-banggakan diri

One thought on “Life…”

Tinggalkan komen