Jangan pandang remeh dengan praktis melorek petak kosong

Cuba ambil kertas jawapan objektif mana mana ujian dan lorekkan salah satu lubang pada setiap jawapan(terpulang kepada individu untuk melorek petak yang sama pada setiap jawapan atau sebaliknya).Cuba rekodkan masa yang diambil untuk melorek petak-petak tersebut.

Mesti ada di kalangan pembaca hairan dan tertanya-tanya apa tujuan saya berbuat begitu.Sebenarnya renshuu(praktis) sebegini dapat melatih kita untuk melihat anggaran masa sebenar diambil untuk melorek kertas objektif(harus diingatkan bahawa masa yang dicatatkan itu  adalah sama dengan masa yang dibazirkan untuk menjawab kertas jawapan).So dengan mengetahui masa yang diambil dapatlah kita menyedari masa pembaziran untuk hanya melorekkan kertas jawapan.

Jangan pandang remeh dengan renshu sebegini.Mana tahu ia dapat membantu anda menghadapi ujian-ujian yang berbentuk objektif.Ingatlah masa itu lebih berharga dari emas dan lebih tajam dari pedang.Dan sesungguhnya Allah telah bersumpah demi masa sebagaimana firman-Nya yang dirakamkan dalam kitab suci Al-Quranul karim Surah Al-Asr ayat 1-3 yang kira-kira bermaksud:

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran.

Subhanallah.Terlalu banyak nasihat-Mu yang selama ini dipandang remeh oleh hamba-Mu ini ya Allah.mudah-mudahan kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi sama ada di dunia mahupun di Akhirat.Amin.