Tv adalah salah satu keperluan asas yang sangat penting pada zaman ini.Kalau di Malaysia jangan terperanjat jika anda melihat TV besar berpuluh inci hatta di kawasan pedalaman sekalipun(ya Malaysia bab-bab hiburan semua boleh).Pernah sekali aku balik beraya ke kampung kelahiran ayah aku.Sedar tak sedar hanya rumah usang ayah aku saja yang tidak berastro rumah-rumah sebelah semuanya berbumbungkan astro.Biar rumah bagai ‘Reban Ayam` janji berbumbungkan astro.Wah sudah ada pepatah baru nampaknya.Boleh daftar dekat DBP ni.

Apepun bercakap tentang tv di Jepun mereka sedang sibuk dalam mempersiapkan diri ke era pendigitalan Tv.Mungkin sangat asing bagi rakyat Malaysia.”Tak cukup digital lagi ke tv yang aku ada sekarang??”ya kerana menurut sumber yang aku dengar(tak taulah boleh percaya ke tak)Malaysia akan menggunakan Tv digital ini dalam tahun 2015.Jadi Tv yang anda pakai sekarang even tv yang anda install dekat PC semuanya Analog.Apa beza Tv analog dan Digital??panjang ceritanya(pendekkan).Senang cerita carilah dekat Wikipedia.Yang aku tahu Tv digital ini ada jenis-jenis yang tersendiri.