Menurut apa yang aku fahamlah sebelum ini ramai yang menjawab api tidak akan menyala di angkasa kerana di sana tiada bekalan oksigen.Mungkin itulah jawapan yang paling biasa kita ketahui berdasarkan apa yang kita belajar tentang kimia semasa di sekolah menengah dahulu.Menariknya setelah mendengar penjelasan dari sensei aku ,aku rasa jawapan tersebut kurang tepat.Menurut sensei aku(apa yang aku fahamlah..) sebab utama api tidak menyala sebenarnya bersangkut paut dengan kehadiran graviti.
Mesti anda pelik graviti ?api?ada kaitan ke?jawapannya memang ada.Sebenarnya seorang saintis telah menjalankan eksperimen di angkasa di bilik yang beroksigen.Kali ini mesti ramai yang fikir “oksigen ada api pun menyalalh” tetapi sayang sekali api hanya menyala untuk seketika sahaja.Dan kali ini mesti ramai yang fikir “oksigen telah habis digunakan sebab itu api padam kot” tapi sayang sekali jawapan itu pun kurang tepat.

Yang sebenarnya tarikan graviti tiada di angkasa menyebabkan api tidak menyala.Jadi di sini aku nak menjelaskan kenapa dan apa kaitan graviti dengan menyala dan tak menyalanya api.Sebelum itu cuba kita tengok aplikasi belon udara panas.Apa yang menyebabkan ia terbang ke udara?Ya mungkin ramai yang tahu sebab api yang membakarnya tetapi mungkin ramai yang tidak tahu haba yang terhasil dari api menyebabkan udara di sekeliling yang dipanaskan api menjadi ringan dan udara di bawah api itu menjadi berat menyebabkan berlakunya penolakan.So di sinilah aplikasi graviti benda yang berat akan turun ke bawah dan benda yang ringan tidak semestinya naik ke atas tetapi bagi kes udara yang tidak dapat kita lihat ianya saling berkait.Maksud saling berkait di sini ialah kita tidak dapat memotong udara dan membahagi-bahagikannya sesuka hatitanpa peralatan tertentu tetapi udara itu sendirilah yang membahagi sesama sendiri.Yang ringan ke atas yang berat ke bawah.
Jadi begitulah al-kisahnya.Kalau ada fakta menarik boleh kongsi-kongsi dekat sini ya.Mana tau korang ada fakta yang lebih logik lagi.Oh ya sebenarnya penjelasan ini belum tamat.Akan bersambung di siri akan datang.Dah letih nak tulis …












Sejak kecil aku minat membaca .Tak kisah buku apa pun(tipu!buku inggeris aku tak baca sangat sebab tak faham).Tapi buku-buku berkaitan agama,sosial,komik,politik semua aku baca.Terasa diri ini kerdil sekali dan betapa luas-Nya ilmu Tuhan.Tapi stail aku membaca mungkin berbeza dan lucu sedikit.
